PMGS19 - Day 2 (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim,

Selamat datang kepada sahabat baikku yang comel,   Anis Nabilah dan semua pembaca setia ๐ŸŒธ

Lama betul aku tinggalkan update untuk PMGS19 ^^'
Maaf , ya?
Ambik mood juga untuk tulis sambungan ^^'
Dan..  Untuk hari hari seterusnya ni,  aku cuba pendekkan untuk satu-satu entry,  ya?
Sebab aku rasa bersalah bila abang,  kakak, kawan - kawan tanya tentang update๐Ÿ˜…
Jadi saya minta maaf awal awal buat korang semua tertunggu.

Nah bunga๐ŸŒธ

Baik, where were we the last time we met?

4K1A - untuk ini, sebenarnya aku tak mahu ulas panjang.
Macam yang aku cakap, aku nak kita sama sama cuba cari mana sebenarnya kami terapkan kebersamaan, keterbukaan, kepercayaan, kerahsiaan dan adabul ikhtilaf.

the best thing about increasing our knowledge , for me is actually when we know we can apply it in life - and be a better person.

Aku ada benda sikit nak share ni.
Sudi ya,  nak tahu?

Aku nak kenalkan kawan kawan aku dalam Fakulti Geografi.

๐Ÿ˜
Kami semua ada 10 orang,
3 lelaki dan 7 perempuan.

Ada Azhar,  Irfan,  Den,  Nad,  Thia,  Wina,  Iman,  Nasy, Wani dan aku!

Jap aku share gambar ya.
Dari kiri,  Iman,  Thia,  Nad dan Nasy. 

jangan marah saya letak bunga๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Dari kiri,  Zack (Azhar),  Abang Ai,  Den dan Irfan. 


hari pertama Abang Ai dah buat dab ๐Ÿ˜ฌ
Dari belakang๐Ÿ˜‚ Nasy,  Wani,  Aku๐Ÿ˜…, Nad, Thia,  Kak Diena,  Iman,  Wina,  Den,  Abang Ai,  Zack dan Irfan.



Cukup pengenalan mereka, ya?



Moving on , untuk hari kedua ni , please get ready - we had Aiman Amri in the house xD
It was really exciting to see and listen to such figure , because the thing is.. we don't commonly hear about mental health in our lifetime.

For you guys who is yet to acknowledge Aiman Amri, he is better known as Aiman Psikologis, and apparently famous on Twitter for his tweets ^^'

Alright - let's get to how we started the second day.

 Kami sebenarnya kena bangun awal untuk qiamullail,
Dalam pukul 4:45 aku bangun ๐Ÿ˜… kami kena turun 5:10 kalau tak silap..
Oh well..  Tak semua mampu..  ๐Ÿ˜‚

Kami turun ke dewan untuk qiamulail tu kan,  kami dah tak boleh naik bilik dah.
Semua settlekan masa bangun
Mandi,  bersiap,  barang semua dah selesaikan sebelum turun.

Gelabah juga lah,  kononnya aku macam paling lambat.

Tapi,  dah biasa dah..  Belum ramai sangat yang turun.. Terutamanya siswa ๐Ÿ˜Œ

Kita merancang..  Tapi Allah yang tentukan ๐Ÿ˜…

Teringat dulu waktu di asrama..
Ada student lelaki pertikaikan kami perempuan mampu turun qiam.
Guess what?

Qiam esok paginya hanya seorang lelaki.
Dan dialah imam.  ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Dengar kata lelaki lain yang dah bangun pi kejut lelaki lain..

Hehe,  ya aku tahu dan faham.   Tak semua lelaki sama.
Baguslah kepada siapa yang turun awal dan menepati masa ๐Ÿ’ช

Jadi qiamulail pertama kami disini okay saja :) Alhamdulillah.

Bukan selalu buat..  Kalau dekat rumah pun belum tentu,  kan?  ๐Ÿ˜…

Bila dah masuk waktu subuh,  kami solat macam biasa ..

Okay disebabkan macam tak ada apa sangat aku nak cerita untuk awal pagi ni ,
Aku nak share tentang telekung.

Masa di sekolah agama dulu,
Kami lazimi untuk tak bawa telekung..  Disebabkan kami pakai tudung labuh,
Maka kami cuma bawa kain - kain telekung yang warna legap,  tak jarang.

Kalau bukan kain,  ada juga antara kawan aku yang pakai stokin double,  sebab kadang² stokin kita jarang.

Pinkan juga tudung di belakang supaya tak terselak.

Inilah juga yang aku nampak dekat PMGS19 , Alhamdulillah . Bukan nak kata tak elok atau tak perlu langsung pakai telekung,
Cuma bila berpakaian,
Yang terbaik ialah yang boleh dibawa solat.
Haa, ni lah dia modal nak cakap something berkaitan mahasiswa, hehe.

Nanti kalau masuk U , moga moga kita semua akan jaga pakaian kita -
kerana selabuhnya tudung kita hari ini tak menandakan kekalnya kelabuhan itu pada masa depan.
๐Ÿ˜Š

Selepas solat subuh dan baca Al Mathurat, kami dengar tazkirah -
I think that it is ought to mention this - but everyone who spoke in front, here in PMGS19 were seriously educated.

Honestly I love intellectuals - but not the snobbish ^^'

Pagi - pagi nak dengar tazkirah ni memang jihad betul , haha.
Tapi aku tak share kat sini, ya?
di lain masa in shaa Allah.

okay, selepas selesai semua - solat subuh, baca mathurat dan tazkirah - kami sarapan.
aku dah tak ingat sebenarnya sarapan apa , tapi antara amalan kitorang disini ialah..
.. suap orang sebelah kanan ^^

benda yang tak biasa ,boleh jadi biasa kat sini - dan untuk aku benda ni sangat bagus lah.
aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi aku rasa bila kita suap kawan kita,
ego kita jadi turun , dan of course,jadi lagi rapat dengan orang tu.
cumanya kami memang suka duduk dengan kawan sekolah masa makan - walaupun dah ditegah :p
hehe, jangan marah!

selepas makan, kami solat dhuha .
on the way untuk solat dhuha agak challenging sebab nak ambik wudhuk balik,
tapi kami tak tahu nak ambik kat mana.

katanya ada surau dekat dengan dewan , so kami kena ambik dekat situ lah.
yang jadi masalahnya bila ter-lalu tempat lelaki.

seriously, we, girls or women memang freak out kalau lalu territory lelaki ni ^^'
tapi in sha Allah kami cuba buat muka tebal , huhu.

jadi, disebabkan nak memudahkan urusan solat, dekat sini aku pakai tudung labuh sekolah ja.
sebab aku tahu.. perempuan kalau bersiap memang lama.
dan tak elok sebenarnya buat orang tertunggu ^^'

moving on, kami solat dhuha dekat dewan tadi dan selepas itu baru kami beratur macam semalam (hari pertama weh, haha) dekat main entrance of the hall.
setiap kali beratur kami akan buat bancian - supaya tak ada yang tertinggal. kotkot masih ada yang dalam bilik , tak bangun lagi ^^'

dan aku sangat suka berdiri depan sekali - sebab aku agak kecik dan pendek.
it feels scary when I don't know what's happening in the front when I'm actually in the back of the line.
haha, insecure gitu.
aku pun jenis jalan jalan cepat ^^' ,  jadi aku kena sentiasa di hadapan sebab kalau tak.. aku akan rasa annoyed dengan orang yang jalan lambat, huhu.

sebenarnya sepanjang PMGS19 ni, setiap kali kitorang masuk audi waktu pagi, memang slot pertama ialah slot PC, dengan Abang Am dan Abang Zik.
tapi.. aku kena minta maaf sebab - aku tak boleh nak bezakan hari untuk aktiviti-aktiviti yang diorang berdua buat dengan kitorang..

macam tak seronok pulak kalau aku cerita tanpa flow yang baik.
jadi, boleh ya? aku skip slot tu -

untuk hari kedua ni, dan dua hari seterusnya , selepas slot PC ialah slot TS.
memang seronok SANGAT bila slot dengan tutor ,
sebab banyak sangat aktiviti dan ilmu baru yang kitorang dapat ,
oh well.. they are just so precious :')

okay, moving on.. slot TS kalini kami ubah tempat. surau tu kami duduk waktu malam saja , tapi untuk waktu pagi, kami duduk dekat pondok sebelah tasik.
ada biawak kat situ! ada satu masa tu sampaikan kami fokus yang biawak tu dekat dalam tasik, aduhaii.

aku excited sebenarnya ni, nak share dengan korang apa kitorang buat.
slot kalini lebih kepada kami kenal potensi diri dan berkaitan dengan ilmu.
kami belajar apa tu potensi , ataupun bakat dalam diri.

satu benda yang aku sangat suka dalam PMGS19, specifically masa TS, ialah kita boleh cakap apa ja bila diminta,
sesiapa saja boleh cakap , angkat ja tangan ataupun , cakap teruslah.
in life, it is such a rahmat to be able to listen to different opinions ,
sebab daripada situ boleh wujud kepelbagaian dalam kerjasama,
boleh mudahkan urusan, banyak sebenarnya kebaikannya.

bukan pendapat kita saja yang betul ^^'

Yang pertama sekali kami buat untuk TS2.0 ni ialah,  Kak Diena bagi kami setiap seorang sehelai kertas -
Which I presumed at that time , of course, so we can write on it.

Tapi,  sebelum kami tulis apa apa,
Kak Diena tanya - apa beza antara potensi dan bakat?
Sejujurnya aku dah kurang ingat jawapan kawan kawan yang lain,

But if I am to tell you right now what my opinion is regarding this,
For me,  talent is something we were born with,  we don't really need  to work hard to get it out of ourselves and to let it shine.
As for potential, it means we have the capability to work hard and strive in order to be good and excellent in something.

Banyak sebenarnya pendapat dan jawapan yang lain,  tapi aku generalkan saja.  Sebab semua lebih kurang sama..

Selepas tu,  Kak Diena minta kami tuliskan bakat dan potensi yang kitorang ada.
Konon macam nak berlagak lah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Dia minta kami bezakan antara dua tu,  tulis sebanyak mana yang kami mampu.

Aku simpan lagi kertas aku.
Nak tengok tak?

Nah,  hehe.


Bukan boastful ๐Ÿ˜… anggap lah benda ni tipu ja ya..  Huhu. 


Okay..  Selepas kami tulis ni,  kami kena berdiri. Rupanya kak Diena nak minta kami lakonkan setiap seorang bakat atau potensi yang kami tulis tu - dan kawan yang lain kena teka bakat dia.

They were all so talented๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚
Contoh kalau Nasy,
Dia cepat menghafaz.  Memang susah nak teka gaya dia ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
Untuk Zack , senang ja.  Dia pun memang pandai buat muka - patutlah,  pandai berlakon sebenarnya.
Kalau Iman,  dia pandai buat barang D.I.Y.
Yang ni pun susah nak teka!  Akhirnya bila dia buat gaya belajar benda dekat youtube - dan dia lukis kat udara 'D. I. Y'  baru ada yang dapat teka๐Ÿ˜‚

Yang lain pun hebat.. Cuma aku tak ingat ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…

Selepas sesi teka teki,
Kami duduk, dan kami bincangkan sebenarnya apa potensi dan bakat?

Aku skip untuk tu,  aku bagi kesimpulan.
Kita mesti ada kelebihan diri kita,  be it our talent or potential.
Bring it out!

As for me,  I love writing - and Alhamdulillah , I have the capability to write down my experience so there might be people who is inspired by my story, Allah knows best.

Selepas sesi kelebihan,  of course..  Kitorang kena tulis kekurangan pula.

Yang ini sebenarnya aku tak banyak nak cerita - cuma masa ni,  kami buat sharing session (kalau tak silap)  ,

Bak kata kak Diena..  Tadi dah berlagak kan?
Sekarang ni tulis kekurangan kami pulak๐Ÿ˜…

Kak Diena dan Abang Ai tanya kami,  masing masing - bilangan kekurangan diri yang kami dapat tulis.
Paling tinggi ialah 8 - dan untuk aku,  aku tulis 7.

Mengakui bahawa diri sendiri ada kelemahan ialah benda yang bagus sebenarnya - tak ada lah termakan dengan ego dan kesombongan diri.

Jadi untuk aku,  sesi macam ini walaupun agak clichรฉ tapi sekali lagi bawa kesedaran.

Moving on - dalam satu TS memang bukan sikit ilmu yang kami dapat,  bukan satu aktiviti yang kami buat ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Aku tengah menulis ni pun,  aku risau dan gundah juga.
Banyak sangat nak yang kami alami dalam sehari,  harapnya aku masih ingat dan mampu kongsikan dengan korang๐Ÿ˜…, in shaa Allah!!

Selepas sesi potensi diri tu,  kami main sort of a game.
We were divided to two groups - eventho kami dah memang dalam group ๐Ÿ˜‚

Sebab kali ini kami kena cipta 'Machine'.
Bukan sekali tau kami kena cipta machine selama PMGS19 ni,  lebih dari sekali๐Ÿ˜…

Seingat aku,  aku satu kumpulan dengan Kak Diena,  Zack, Wina, Den dan Wani (kalau tak silap lah,  hehe).

Kak Diena bagi setiap kumpulan,  satu straw,  satu getah, dan dua batang lidi.

Okay. Kita nak buat apa ni?  ๐Ÿ˜…

Sebelum mula,  Kak Diena tanya..  Mesin - apa tujuannya?

Apparently..
She wanted us to build a machine that meet the requirements as to what the purposes of a machine really are,
1. Memudahkan urusan harian
2. Mempercepatkan kerja

And.. Actually I don't really remember,  but there were 3 of it.

Jadi,  cipta mesin,  yang boleh angkat satu bola pingpong dari poin A ke poin B.
(Tak jauh sangat pun) .

Dan kami boleh guna kan apa yang ada disekeliling kami.

Macam dalam ciri mahasiswa dinamik..
Hehe.
Aku tak sebut lagi ya ciri ciri tu  dekat sini?
Kalau nak tahu,  dalam TS memang akan ditekankan tentang ciri-ciri mahasiswa dinamik,

Selari lah dengan tagline PMGS19 pun :)
Mahasiswa Dinamik Penerus Harapan Ummah๐ŸŒธ ,
In shaa Allah aku ulas ni di lain masa.

Fast forward,  kumpulan aku memang susah sangat nak fikir satu mesin tu! ๐Ÿ˜‚
Padahal masa memang singkat - tapi percaya atau tidak,  kami dapat jugak.

Susah sebab apa?
Sebab kriteria mesin ni kena menepati tujuan mesin tu sendiri,  macam yang aku sebut di atas.
Bukan tu ja,  kami kena fikir juga :

Nama,  jenis,  tujuan, keperluan pasaran,  kelebihan,  jangka hayat,  harga pasaran dan kesesuaiannya.

Well,  it wasn't an easy task especially when there were quite a lot specifications to meet.
The funny thing is, for me,  eventho these two groups of us were competing,
Kami duk pinjam barang satu sama lain such as gunting๐Ÿ˜…

Baguslah,  ada kebersamaan bila susah ๐Ÿ˜Œ
Ha,  nampak tak?  Di mana mana pun dah boleh nampak mana nak apply 4K1A tu sebenarnya๐ŸŒธ

Dan seronok sangat bila ada pengalaman berharga macam ni,
Dalam masa aku buat aktiviti tu,
Aku fikir juga - inilah yang boleh aku bawa bila masuk U nanti.

Hakikatnya dulu aku tak bergaul dengan lelaki ๐Ÿ˜…
Aku agak strict - tapi aku ambil kesempatan untuk baiki diri.

Dapat lah juga sumbangkan idea,  Alhamdulillah.
We did great!

Sekejap ya,  aku cari gambar mesin kami.

Nampaknya tak ada yang nampak jelas ๐Ÿ˜…
Ha ni lah kumpulan kami punya. Zack dan Den tengah bentangkan๐ŸŒธ


Selepas kami selesai cipta mesin tu,  of course - we needed to present.
Macam gambar di atas,

Itu diorang tengah present lah tu.
Kalau nak cerita mesin kami macam mana,  takut mengantuk pula๐Ÿ˜…


Ni kumpulan lagi satu ๐ŸŒธ
Untuk yang ni,  Irfan dan Nasy ๐Ÿ˜Š

Aku teruskan kepada ibrah ya?

Ingat kan aku cerita tentang bakat dan potensi tadi,  sekali dengan 4K1A dalam entry Day1?

Alhamdulillah,  waktu ni lah kami gunakan konsep bakat, ilmu dan 4K1A tu.
Masa Kak Diena bagitahu pasal mesin pun sebenarnya dah terfikir tentang mesin yang pernah belajar waktu sekolah dulu,  tapi tak tahu macam mana nak kaitkan dengan ilmu ๐Ÿ˜…

Rupanya nak bagitahu di sini,guna kan lah ilmu yang kita ada untuk adapt dengan persekitaran kita
Macam dalam aktiviti ni,  memang sebenarnya mesin seringkasnya kita boleh fikir tentang tuas.
Cuma - bila dalam keadaan berkumpulan,  kena berani untuk keluarkan pendapat atau idea,  percaya dekat satu sama lain.

Hasilkan mesin yang terbaik,  yang boleh memudahkan dan menjimatkan masa.

Ibarat kata kata yang Kak Diena suka bagitahu,

"Jadilah seperti biji benih yang apabila dicampak ke laut menjadi pulau yg indah๐ŸŒˆ, dicampak ke darat menjadi gunung yang gah๐ŸŒณ dan dicampak ke langit menjadi bintang yang bergemerlapan✨"

Menggunakan ilmu dan bakat yang kita ada - cambah lah kebaikan dalam diri.
Adaptasi kan dalam suasana baru,  supaya sentiasa menjadi orang berguna ๐ŸŒธ

Selesai untuk aktiviti mesin ni,  kami tangkap gambar kenangan๐Ÿ˜„

Alhamdulillah,  sebenarnya kata kata pun tak boleh nak zahirkan pengalaman berharga dan ilmu baru yang aku dapat untuk TS 2.0 kali ini.
In shaa Allah,  aku cuba perbaiki bila aku boleh,  ya?

Nextttt!

Kami gerak ke audi,  seperti biasa.  Inilah dia slot yang ditunggu-tunggu.
Slot Mega Talk (Psy-Kick)!

Sebelum masuk audi tu,  masyaAllah.  Jakun sangat.

Siap tunjuk dekat kawan yang tak kenal siapa Aiman Psikologis nih?  ๐Ÿ˜‚

Jadi,  aku akan sambung kongsi tentang input yang aku dapat dalam entry seterusnya!
Wohooo! Chin up okay,  everybadih???

Kita santai saja - sedikit sebanyak untuk entry kalini, semoga bermanfaat.

Jangan risau,  entry seterusnya lagi padat korang pun tak tahan ๐Ÿ˜Œ dan aku pun tak sabar nak bercerita.

Wallahu alam.  Assalamualaikum!

Comments

Post a Comment

Masih dalam ingatan :)