PMGS19 - Day 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Benda pertama aku nak bagitahu tentang entry kalini -
susah nak tulis yang ini.


sebab aku ambik masa untuk fikir ,
macam mana aku mahu bercerita dari hati,
supaya sampai ke hati?

betul, aku bahkan menangis memikirkan penulisan aku yang tak sempurna ini.
tapi , sampai bila mahu menilai cacat cela nya? sempurna itu subjektif pada aku.

jadi, kita mula ya?

sebagai seorang Airin, aku sebenarnya hidup dalam keadaan over confident dalam sesetengah keadaan.

yakin aku mampu membesar dan hidup atas diri aku sendiri - 

tapi biarlah aku beritahu sesuatu.
sepanjang aku di Perkampungan Menara Gading ini,
ideologi aku dipatahkan oleh mereka mereka yang hebat ini. :)
penggerak yang aku harap agar sentiasa cemerlang dunia dan akhirat.

dalam hidup , akan sentiasa ada pengorbanan.
pengorbanan kita untuk orang lain yang di atas atau dibawah,
dan orang lain juga akan berkorban pula untuk kita.
ia sama sama berlawan balas, supaya kita sama sama hidup harmoni hendaknya, in shaa Allah.

aku teringat Rasulullah saw.
jikalau Baginda tiada usaha menyebarkan risalah Islam ini -
apa kita hidup dalam kesejahteraan ini sekarang?

maka kita juga perlu berkorban sekarang.

-----

bismillahirrahmanirrahim ,
mahu juga aku katakan sebenarnya aku kurang yakin akan apa yang aku akan peroleh dari program ni,
dengan keadaan mental aku yang kurang baik, aku datang dengan semangat yang luntur.
aku cuba juga kentalkan jiwa aku kerana aku datang dengan niat untuk menuntut ilmu.

Alhamdulillah , apapun aku syukur kepada Allah kerana berikan aku peluang menghabiskan 4 hari 3 malam bersama insan insan hebat yang akhirnya mendapat tempat yang istimewa dalam hati aku. :)

aku berikan tentatif 4 hari 3 malam sepanjang kami di sana, ya?
sekurangnya kita boleh nampak secara kasar pergerakan kami di sana.



pergerakan aku dari rumah ke Universiti Putra Malaysia (UPM) - nothing interesting, really.
except the fact that,
12 kawan aku dari smka tun rahah pun ikut pmgs sekali - memang meriah dah dalam group Whatsapp.

masing-masing asyik hantar mesej -

siapa dah sampai?
- aku dah sampai.
aku tunggu kat bawah ni.
- aku lambat lagi.

bila ingat balik , rasa comel sangat kami duk tunggu semua untuk gather sama sama.
tapi aku simpan juga dalam hati - kami 13 orang.
aku antara yang terlewat yang mendaftar. dan rezeki aku, aku tak dapat sebilik walaupun dengan seorang daripada schoolmates aku.
aku sebilik dengan kawan baru - which is actually a good thing.

fast forward , daftar dekat Kolej Sepuluh , UPM.
aku dah cakna yang ramai dah daftar, tapi tak tahu pula ramai yang masih ada dekat situ.

macam biasa , aku memang selalu anxious bila ramai orang. 
biasanya , kalau anxiety aku datang - badan aku jadi sejuk , kepala aku sakit, rasa nak muntah.
tapi Alhamdulillah ada mama dengan aku , selalunya memang kurang rasa takut.

jadi , daftar macam biasa - naik bilik terus sebab roommate dah lama sampai.
dan dia hand in kunci bilik dekat aku.
aku naik bilik lepas ambil beg dalam kereta - dalam pada tu aku terserempak dengan anes, isma and teha.
tangan penuh masa tu , tak dapat nak salam. sorry geng!

aku cepatkan cerita ni, okay? korang janji baca sampai habis, ya!

dalam pukul 12 lebih , kami kena turun dari bilik ke tempat pendaftaran awal tadi .
dari situ, kami beratur sementara nak dikumpulkan.

ada sorang akak yang comel sangaaaaaat! dia tanya kami sorang sorang bawa payung ke tidak.
ehe, Alhamdulillah aku rasa nak naik atas balik pagi tu lepas tertinggal payung - sebab dalam list memang payung tu wajib.
btw, sampai ke sudah program kami tak guna pun -.-

lepas kami beratur dekat entrance dan buat bancian , kami gerak ke fakulti kejuruteraan.
the venue we were heading was quite far , so we (myschoolmates and I) decided to chit-chat along the way.
kami pusing-pusing naik jejantas - jangan bayangkan , nanti pening hahaha, jejantas untuk kami pergi ke fakulti.

teringat kisas. aspura pun di seberang.
sama lah dekat sini , naik turun jejantas baru sampai di fakulti (engineering).

okay, basically lepas sampai kami kena makan , masa tu nak zohor dah.
siswa (boys) duduk dalam bulatan while siswi (girls) duduk menghadap satu sama lain -
sisters bonding gitu.

the food was really satisfying, Alhamdulillah.

hehe, mak pesan jangan merungut depan rezeki.
tapi serius makanan memang sedap. cuma ada sambal belacan. aku tak makan pedas - jadi aku letak tepi.

dekat sini, kami diajar untuk berjimat dengan plastik.
bekas kena ditindihkan dan sisa makan kumpul satu tempat.
kami masukkan saja sisa makanan dalam plastik lauk yang kami dapat.
sebab kami tak mahu air meleleh dari plastik .

lepas makan, kami siap siap untuk solat zohor, macam chaos jugaklah solat mula mula tu, sebab masih tak biasa dengan tempat tu.

tapi pendek cerita Alhamdulillah sepanjang 4 hari 3 malam , solat semua senang. ambik wuduk atau nak ke tandas - kemudahan lengkap aje :)

antara perkara yang aku suka dalam program macam ini ialah bila memang diterapkan amalan sunat tu - sebab bukan lah kita setiap hari sudi nak buat , kan?

lebih kurang macam ni :-

bangun dari tidur , siap siap untuk hari tu. turun ke dewan kolej sepuluh untuk qiamullail dan solat subuh. selepas tu, kami baca mathurat dan terus dengan tazkirah subuh atau kami panggil Dinamika Subuh.

aku tak tidur pun - serius :p
lepas tazkirah , kami makan dan solat dhuha. sampai ke zohor, asar , maghrib dan isyak solat macam biasa.
cuma selepas maghrib ada bacaan mathurat dan tazkirah maghrib.

sebelum naik bilik untuk tidur - kami baca al mulk.
roughly how we get through life in asrama , lah kan?


moving on , solat zohor dekat foyer - pasang tikar dan sejadah.
ada beberapa tangga untuk naik ke atas , dan pernah sekali  aku turun tu .. tangga tu ke rupanya ke bahagian saf lelaki. kami hadap saja t.t
insaf dah , rela lalu jalan jauh.

selepas solat zohor lah mula program kami dekat audi (auditorium, serius bila fikir kami panggil audi, rasa macam brand kereta mahal tuuu).

mula-mula sekali, kami duduk randomly dalam audi. biasalah - kami masih tak boleh berpisah dengan kawan. jadi kami duduk sebelah sebelah. tapi, sebelum masuk audi kami ada dapat fail - dalam tu ada dua kertas A4, satu kertas bercetak , pen , buku nota dan Jurnal Mahasiswa.

Dalam Jurnal Mahasiswa ni lah - ada sedikit sebanyak input dalam program ni.
ada tentatif , lirik lagu , ada info tentang pepias (aku tak ulas tentang pepias dalam ni) , ada Mathurat , ada surah Al Mulk dan banyak benda yang aku rasa aku sendiri aku akan cerita nanti.

okay , lepas kami duduk - masuklah dua orang Abang yang cukup bersemangat ni.
((ya , kami panggil Abang bagi komiti/tutor/PC lelaki. (PC = Programme Coordinator). untuk perempuan , kami panggil Kakak)

nah aku belanja gambar
In a serious note - mereka berdua baik sangat :)

Okay , yang kanan tu Abang Am. yang kiri Abang Zik.
kita panggil diorang PC - dan ada beberapa orang lain jugak tapi memang biasanya depa berdua yang naik pentas dan in charge .

kami mula dengan kenal abang berdua ni. lepas tu - kami diberi assignment.
fuh , awal awal dah terus dapat.
tapi ada ganjaran untuk assignment kami tu - ada emas , perak , gangsa dan besi.

hahaha, serius nak je mention besi tu as ferum. dengar lagi saintifik kot? hehe

assignment tu macam ni :

kami kena jumpa dua orang dari committee (tutor atau fasi tak boleh) dari pelbagai biro, kami kena interview dan ambil gambar dengan diorang. sounds hard? - kind of, tak semua orang dapat selesaikan hari pertama. sebab jadual kami packed - kena pandai pandai curi masa.

I managed to get two out of two on the very first day actually - but the fact that we needed to upload them on social media made it harder, I didn't manage to upload them on the same day :(
(at the moment , I wasn't active on Instagram - and I wasn't keen of being so)

moving on - after we were told about the assignment , there was ice breaking.
ice breaking dia lain macam sikit , haha.

aku ada bagitahu kan dalam fail tu ada letak satu kertas A4 bercetak?
sebenarnya yang bercetak tu ialah 12 kotak , dalam setiap kotak ada nama, asal, sekolah dan hobi.
not everyone could fill in the blank space on hobby.. hehe
(mine was videography :) )

PC (when I say PC, it means Abang Am and Abang Zik , or either one of them) bagi kami masa untuk fill in all the blanks , in merely few minutes and tear them up into those 12 pieces O.O

kelam kabut sangaat! macam mana nak koyak? , dahlah sikit je masa.
then I looked into my bag and found a ruler - a 30cm ruler xD
it was the same ruler I used for SPM :')
they said I have doraemon's pocket :p

then, few persons who sat beside me asked me for my ruler as well - made it easier for them. hahaha, I was one of the earliest to finish the task.

guess what's next?

we were told to assume all the 12 pieces of small paper as business cards - aha! now you can guess.

yes, for those who got it right - we needed to exchange all the 12 business cards with different people, people who we barely know.
really nice one! never did I experience such thing .

kalau lah korang boleh tengok keadaan masa tukar tukar tu - seriously amusing!!
dahlah ada tempoh masa jugak , a few minutes only (I dont remember exactly how many minutes hehe).

lepas tukar tukar tu I realised that there were sooooooo many people from really far away .
ada yang dari sabak bernam (cukup jauh , kan?) , perlis , sarawak , kelantan.

SERIOUSLY YOU GUYS ROCK.
untuk ilmu - korang sanggup datang. as for me, rumah tak jauh sangat pun.

(jap stop kejap. pi lah minum air kaaa. panjang cerita aku ni. tadi dah janji nak baca sampai habis?)

ok sambung jom.
lepas habis tukar tukar tu , kami duduk tempat kami balik.
laaaaaaaaah , lepastu kami kena cari balik 12 orang strangers tadi - minta signature.
rasa macam - kalau aku tahu , aku dah minta sign tadi?!

so, kami start lah cari. on a serious note, I yelled many times in search of the people. nasib baik ada orang tu yang duduk depan kami jaaa.
tapi ada orang yang duduk di seberang dunia kami. PC pun sampai offer mic , siapa yang nak panggil orang.
lol!

at the end.. I only got 10 out of 12. not like many of my friends , who got 11 , and even 12 -.-

hebat hebat! (applause)

okay, jap. aku nak ingat apa jadi lepastu.

kami kena duduk dalam kumpulan. tapi PMGS19 ni memang nak terapkan hidup mahasiswa kan, jadi kumpulan kita sebut fakulti.
ada 17 fakulti semuanya.
dan aku dapat Fakulti Geografi (korang kena ingat fakulti aku, tau! sebab akhir cerita aku, ada surprise!)
antara fakulti lain yang ada ;

Pendidikan , Seni Kebudayaan, Kejuruteraan , Sains, Matematik , Kulinari, Pengajian Islam
daaaaan lain - lain fakulti yang ada di universiti. penat jugak nak list down 17 fakulti tu.
 kesian kan aku please T.T

just so you know , we were sorted into houses (sorry , I'm a potterhead. hahaha) by The Sorting Hat.
.
 hehe - kami dapat email dari pihak PMGS19 sebelum kami datang sini,
email tu sebenarnya sebagai tawaran untuk datang ke PMGS19, and apparently not everyone were offered as we were.

so.. ones who didn't get the offer letter were asked to stand in front
(where everyone can see you. hehehe)


 masa tu lah dorang were sorted into faculties ,
dan lepas selesai semua dapat fakulti masing - masing ,
kami ada pelantikan Ahli Majlis Tertinggi , AMT (sebenarnya aku pun kurang pasti AMT ni stands for what. kalau salah korang komen ok?)
so here we have ,

Yang Di Pertua (YDP) ,
 Naib Yang Di Pertua (NYDP),
and few exco(s).

untuk pemilihan YDP , PC minta volunteer sebanyak 4 orang. memang pada kebiasaannya lelaki lah yang akan volunteer untuk jawatan paling tinggi - dan yup, memang semua lelaki.


korang biasa, kan? dengan manifesto atau ucapan awal daripada calon sebelum undian?
itu lah apa yang volunteers tadi kena buat - dan kami (peserta lain) yang kena undi.

nanti dekat U pun akan ada kepimpinan macam ini - untuk yang ada daya kepimpinan , pandai bercakap dan sebagainya , mungkin nanti dekat U (ataupun dekat mana mana , in shaa Allah) boleh cuba tunjukkan bakat , ok?

aku rasa aku yang agak ketinggalan , tapi ..
kami undi online.
macam buang undi - dalam pilihanraya. cuma takde kena celup jari.

daripada sini , aku nak bagitahu. dekat PMGS19, kami memang banyak guna gadget dan Internet.
tapi tak risau pun , committee dan kawan kawan ramai yang sudi nak share Internet untuk yang tak ada Internet :)
Alhamdulillah .

sama juga dengan NYDP , volunteers were asked to go on stage. tapi untuk NYDP, volunteer decreased to only 3 persons. all girls , apparently.

My judgement can literally be biased - one of the candidates for NYDP was my very best friend, because I know her. I know what she is like.

But, the way she delivered her speech convinced me , yes sure.

Before the result was announced, we performed our Asar prayer and after that went back to the auditorium.
the chosen ydp's name was Firdauz - (and if you are reading this, you have my respect bro.
your 'tolong jaga jarak eh' will forever be in my head ^^'  )

and apparently the nydp was my very friend, Hidayah <3
congrats again , Dayah! (dah habis pun.. hehe)
oh yes! other candidates who were not selected as the ydp and nydp, well they had other responsibility to be taken care of. remember about the exco(s) I told you?

 diorang lah
yang dapat jawatan tu. hehe -

 I always like it to volunteer , but I don't like to lead ^^' I always think - to lead means you carry a great burden on your shoulder. and I am much keen of just following orders at that moment ^^'                                                                 

selepas semua pelantikan tu selesai , there was Majlis Deklarasi.
for me it was so scary . why?
because the oath we were taking was scary xD

I want to show you the oath.. I really am..
But maybe next time, hehe.

back to the Majlis Deklarasi, actually it was an official ceremony. so there were some vip(s) on stage and they were witnessing us taking that oath.
I solemnly didn't want to say those words - but I did. 

okay. panjang lagi cerita ni. stretching kejapppp.
jap. baru hari pertama kot?!

sambung eh?
kita cepatkan masa sikit. lepas majlis ni, kami makan malam dan solat maghrib . lepas solat, kami baca mathurat dan masuk audi balik :)

okay remember I told you about the vip during Majlis Deklarasi just earlier? actually there were the President and the Vice President of PEPIAS (perhaps you can google this), also there was the rector of PMGS19.

and kami masuk audi balik untuk dengar tazkirah - dan tazkirah tu disampaikan oleh Presiden Pepias sendiri.
this time boleh serius sikit kot baca? hehe

kami panggil dia Abang Izzuddin ^^'
okay , on a much serious note - this tazkirah was really interesting.
you see this picture? 

'What is life?'
- HaKhaDa-
itulah point Abang Izzuddin waktu tazkirah ni.

why are we really here? what are we here for?
pernah tak kita bangkitkan soalan sebegini  ?
atau kita cuma hidup - sekadar hidup.
tanpa arah tuju.

Aku pernah terbaca bahawa ayat ini daripada Buya Hamka -

Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja

Man.. that got me thinking..

Abang Izzuddin then changed the slide to a picture that I was seriously familiar with -
it was a scene in the Interstellar movie!

for those who don't know what this movie is about, here is the synopsis (credit to Google :p)

In Earth's future, a global crop blight and second Dust Bowl are slowly rendering the planet uninhabitable. Professor Brand (Michael Caine), a brilliant NASA physicist, is working on plans to save mankind by transporting Earth's population to a new home via a wormhole. But first, Brand must send former NASA pilot Cooper (Matthew McConaughey) and a team of researchers through the wormhole and across the galaxy to find out which of three planets could be mankind's new home.

aku bukan nak quote sebiji macam apa yang dikatakan oleh Abang Izzuddin, tapi berdasarkan apa yang aku faham,
beliau nak interpretasikan movie ini - untuk tunjukkan bahawa setting dalam movie ini adalah masa hadapan , kita bercakap tentang satu dimensi yang diterokai,yang belum pernah sebelumnya.

kerana bumi tak lagi boleh diduduki.

well then, hidup pada saat itu tujuannya hendak mencari rumah baru..

dan membangkitkan persoalan - ke mana kita selepas ini?

kita boleh jawab berdasarkan wahyu yang diturunkan oleh Allah ,
selepas ini kita akan menuju ke alam Barzakh ,
sepertimana yang dijanjikan oleh Allah bahawasanya kita semua yang bernyawa akan merasai mati.

kemudian kita akan dibangkitkan semula,
menuju satu fasa di mana berkumpulnya kita di Padang Mahsyar.
dan seterusnya..

sebagai seorang Muslim, kita tahu arah tujunya.

juga ditekankan bahawa sebagai seorang Muslim,
tujuan hidup kita di atas dunia ialah sepertimana dirujuk pada firman Allah di dalam Al Quran :
.
HaKhaDa.
Hamba, Khalifah dan Daie.

tujuan yang pertama,
sebagai seorang hamba.

di dalam Al Quran , Allah telah berfirman bahawa tidaklah Dia menciptakan kita (manusia) dan jin melainkan untuk beribadah kepada Nya.

sebagai seorang hamba - akuilah bahawa kita hamba.
Allah Tuhan.

tapi banyak mana lagaknya kita sebagai hamba itu?
tanggungjawab kita sebagai hamba,
seberapa banyak kita jalankan?

Khalifah.

bagi aku , aku ambil maksud khalifah ni sebagai pemimpin.
(korang boleh share apa yang korang tahu okay!)

aku ambik satu hadis yang aku belajar waktu kat sekolah ,

maksud nya :

Daripada Ibnu Umar Radiallahu anhuma , daripada Nabi Muhammad SAW , baginda bersabda :
Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinanmu . seorang Amir (ketua) adalah pemimpin ke atas rakyatnya , dan dia akan bertanggungjawab ke atas rakyatnya. orang lelaki adalah pemimpin terhadap ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. seorang wanita adalah pemimpin keatas rumah suaminya dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. seorang hamba adalah pemimpin keatas harta tuannya dan dia bertanggungjawab terhadapnya. ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepimpinanmu.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

daripada sini aku ingin katakan bahawa kita semua ada peranan masing-masing,
sebagai seorang manusia, pimpin diri sendiri ke arah kebaikan..
:)

Daie
Dalam bahasa Arab, Daie secara literalnya bermaksud pengajak, kerana asalnya daripada perkataan 'da'a' iaitu ajak.

Dalam konteks sekarang, Daie ini kita tahu sebagai pendakwah :) yang mengajak seseorang ke arah kebaikan juga.
dan mencegah kemungkaran.

dan dalam Islam , ada pelbagai kaedah atau method berdakwah
bak kata orang, dakwah itu seni <3

okay , agaknya korang dah boleh faham sikit eh tentang #HaKhaDa ni?

kesimpulan dari tazkirah ni -
tahulah tentang tujuan hidup kita.

mahukah kita berjaya, tapi 'jiwa'nya tiada?
berjaya tapi bunuh diri -
tiada sebab untuk hidup.

juga, cemerlang bukan hanya untuk diri sendiri, tapi juga untuk ummah. :D

okayyyy.
habis eh tentang tazkirah ni?
aku sambung .
selepas tazkirah - kami solat isyak dan kemudian masuk audi balik.
masa ni lah kami kenal abang kakak tutor yang comel cantik handsome ni <3
(sebenarnya nak sebut cantik je, tapi harap handsome tu memuaskan hati semua orang. hahaha)

  we continue with the introduction of all the tutors (usually in a programme like this we call them as facilitators, but apparently here we call them as tutors).

diorang ni introduce
diri pun dah kelakar tau?! (cry a river because of laughing)
p/s : tutors yang tengah baca ni, jangan kembang sangat!

boleh tak aku skip terus pada tutors fakulti aku?

boleh ehhh?

okay - lama juga lah nak sampai kepada tutor yang sebut

"saya tutor Fakulti Geografi" . 

but after a while..

 kami dapat dua tutor !
hehe, satu lelaki, satu perempuan.
(melompat happy sebab dapat dua. eh?)

Kak Diena :)

Abang Iqmal - tepat abang tengok kamera!

okay, korang dah kenal eh tutor kami?
kenal ehhh?

Kami panggil kak Diena , Kak Diena. Abang Iqmal , Abang Ai.
Ha ye, memang kami dah kecoh sejak Abang Ai introduce diri dia macam tu, hahaha.

P/s : baca as in 'abang I'. ha dapat tak?

after all the tutors introduce themselves, obviously - kami kena ikut diorang.
korang ingat kan, waktu ni waktu malam dah.
sebab aku yang tengah bercerita ni boleh lupa dari tadi , hehe.
jadi lepas semua tutor kenalkan diri, of course kami kena ikut diorang.

jauh betul tempat fakulti kami ^^'
di blok seberang.
By the way.. slot bersama tutor ni kami panggil Tutorial Siswa (TS) :)


dan akhirnya kami sampai ke destinasi,
rupanya di dalam surau.
bila aku fikir balik, rasa nak ketuk kepala sendiri pasal pemalu sangat malam tu -.-
deyyy, nak share ilmu lah -.-

benda pertama mestilah duduk dalam surau tu. takkan taaruf berdiri?
(kalau kelakar, komen eh? hahaha)

taaruf kami lain macam sikit ^^'
(aku rasa dekat PMGS ni semua benda lain daripada lain hehe)

Abang Ai minta kami save nombor telefon dia , dan whatsapp ke dia nama penuh dan emoji yang describe diri kami.

lepas semua dah send,
Abang Ai hantar ke kami semua link untuk masuk ke dalam group fakulti kami dalam whatsapp tu.
(advance sangat nih. hahaha)

guess what?
Abang Ai forward kan mesej kami dalam group tu dan..
we need to guess the name of every single one of us guna emoji tu. how?
one needed to act and portray themselves ikut emoji yang dia bagi.

i was so embarassed.. hahaha.
lucky me I sent just 3 emojis!
besides.. I was the last person , so of course they ought to know what my name is at that moment !

jadi aku simpulkan ya apa yang kami dapat malam tu?

if I may say this..
BANYAK gila sharing tutors kami sepanjang PMGS.
aku tak boleh nak ingat dan tulis semua.
tapi aku ada main points, In Sha Allah.

kami belajar tentang 4Ta dan 4K1A.
what are those ? O.O

iaitu ;

Taaruf ,
Tafahhum,
Ta'awun
Takaful.

aku jelaskan sikit satu satu eh?

Taaruf.

maksudnya , berkenalan antara satu sama lain.
bila kita kenal orang baru,maka bertaaruflah.
tanya namanya, umurnya, asal dari mana.
tanya pasal family pun boleh!  tapi beragaklah kalau baru kenal tu, eh?hehe

dari situ lah boleh mula persaudaraan.

dan dari situ..

kita cuba
Tafahhum

iaitu memahami.
kita faham kan kawan  atau sahabat kita.
kenapa dia macam ni?  apa yang dia suka, tak suka?
keluarganya macam mana?

memahami masalah yang dia hadapi.. bukan sekadar luarannya tapi dalamannya.
maka,

seterusnya , bila dah faham - juga ada sifat empati dan simpati,
bolehlah Ta'awun.

iaitu menolong.
tolonglah dalam apa jua konteks.
tolong tenangkan hatinya bila gusar, tolong masa dia buat assignment.

yang akan membawa kepada takaful.
iaitu menjaga kebajikan.

ringankan bebannya , tolong jaga dia waktu dia sakit, cakna tentang keadaan hidupnya,
ada duit untuk makan atau tidak?

penekanan 4Ta semasa TS ni pada pendapat aku supaya kami dalam fakulti tahu macam mana nak communicate dengan baik antara ahli, dan macam mana nak berukhuwah .
Alhamdulillah, tahu molek dah nama depa semua.
hahahaha

basically malam ni kami belajar perkara yang macam tu lah,
mantapkan ukhuwah.

sebab seterusny ialah tentang 4K1A.

Kebersamaan,
Keterbukaan,
Kepercayaan,
Kerahsiaan
Adabul Ikhtilaf (adab jika berbeza pendapat)

secara jujurnya aku tahu korang semua ada pendapat kan tentang maksud tersurat dan tersirat tentang  4K1A nih?
(padahal dah penat nak tulis, hahahaha)

okay, basically 4K1A ni apa yang kami kena terapkan dalam hidup kami sebagai mahasiswa bila berukhuwah.

Tapi..
aku akan jelaskan maksudnya di lain hari ya?
sebab 4K1A ni memang ditekankan sepanjang PMGS19.
in shaa Allah aku cerita ya :)

dan penerapan nilai nilai dalam 4K1A ni berbalik kepada tagline PMGS19 sendiri,

MAHASISWA DINAMIK PENERUS HARAPAN UMMAH.

macam mana nak jadi mahasiswa dinamik?
mahasiswa dinamik tu apa?

haaaaaa, tunggu okay!
#banyaklaginakcerita

aku dah tak ingat sangat apa jadi malam tu.
sorry korang!
I suffer from short-term memory loss T.T
(hehehe, takdak ah. aku jah tak fokus malam tu. penaaaaat senanya hehe)

jadi lepas TS habis, kami salam lah dengan tutor.
ala rileklah, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan -.-

dan kami gerak balik ke audi :)

 masa ni PC ambik alih. tapi aku dah tak ingat apa yang dorang cakap.
lagipun dah banyak korang baca ni. kesian korang kan?

lepas selesai semuanya.,kami dapat supper (roti Gardenia) dan dapatlah naik ke bilik.

waktu malam gini seram betul!

tapi kami pasang flashlight on phone waktu tu, jadi keseraman tu berkurang lah.

aku dah tak tahu nak cerita apa ni, hahaha

korang enjoy tak?
kalau tak enjoy , aku minta maaf eh?

aku cuba untuk share apa yang aku dapat - dan kalau ada walaupun sebiji zarah kebaikan yang korang dapat dari sini,
my mission then by far is accomplished <3

jumpa korang lagi eh?


oh ya, untuk TS yang kali pertama ni, aku minta maaf ya tak dapat share banyak?

ok dah, bye!
Assalamualaikum <3





Comments

  1. Bestnyaaaaaa bila baca ni rasa macam nak menangis la sebab teringat kenangan kat sana :') the first day was quite tough but alhamdulillah lepas tu makin okay and semuanya berjalan lancar. After 4days together, istg peserta PMGS19 is my family💕 AIRIN IM IN LOVE WITH YOUR BLOG (^▽^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dont know who you are , who are you? huhuhuhu. THANK YOU SO MUCH <3 We are all family <3

      Delete

Post a Comment

Masih dalam ingatan :)