Iqra | Read | Baca

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum all!

here it is, my first post since a long time I blog.
i really like writing and I decided to do it on blogger as it is more interesting ( I guess).
the fact that I'm not doing much in this life brought me to writing lol.
aku tahu kalau nak sebarkan kebaikan tu lebih baik dalam lingua franca lah macam English Language tapi buat masa sekarang aku selesa tulis dalam Bahasa.

aku sangat suka membaca , tapi baca buku lah bukan caption yang panjang panjang macam kat Instagram ke sebab agak semak.
I prefer to read in a form of physically a book .

P/s : I will jot down the other book that I had read in the other post okay :) You can get them at MPH , Popular, Iman Shoppe and literally everywhere online.

so , aku rasa kali ini aku nak tulis tentang beberapa buku yang aku dah baca.
saja nak bagitahu I am just a beginner in the passion of reading , jadi range buku pun tak banyak.

oh ya, aku memang suka tulis pengalaman hidup aku kat socmed. walaupun tak ada orang nak baca, aku suka tulis. aku tak kisah orang nak baca ke tak :)
tapi semua penulis pun suka kan kalau ada orang baca apa dia orang tulis? haaa.

aku akan selitkan gambar sekali (bila-bila aku update) jadi kau orang boleh nampak lah buku tu macam mana okay?

antara buku terawal yang aku dah baca ,

tajuk : Kerna Syurga Bukan Percuma
penulis: Najmi Fetih (@pendakwahcute)
penerbit : Tarbiah Sentap

okay basically buku ni tentang Khairul Rafeeq yang nak berhijrah.
dari zaman jahiliah ke waktu yang lebih cerah (ha).
maksudnya Khai cuba nak berubah jadi lebih baik.

klishe? tak. novel ni aku boleh nampak lah tak berapa klishe macam novel lain.
ada melibatkan orang so-called orang agama tapi..
buat perkara mungkar macam tak jaga ikhtilat, mengedar dadah, judi and lain-lain.
aku suka novel ni sebab ada watak Abang Surau yang super concern pasal saudara dia (Khai).

dia nampak Khai ni macam seorang ja , dan dia approach Khai walaupun Khai tak berapa suka  presence dia at first.

ada satu kejadian yang membuatkan Khai futur (lemah) tapi aku taknak lah bagitahu sebab kalau kau orang tak beli lagi, kira spoiler je kan?

tapi kejadian tu lah yang menyedarkan Khai, untuk siapa dia berubah.
semata kerana Abang Surau atau Allah?

ha ni gambar buku ni. tapi ambil dari Google je.


cover dia pun cantik >.<

oh ya, saja nak bagitahu penulis buku ni (Najmi Fetih) aku kenal through Twitter.
username dia @pendakwahcute , dia pun menulis di blog juga. sebelum dia terbitkan buku pertama dia ni, aku baca hasil karya dia dekat blog lah,
interesting lah sampai aku berminat nak beli kan?


buku seterusnyaaaaaaaa.
sebenarnya dah banyak juga lah buku yang aku dah baca.
penat juga nak tulis semua buku yang dah aku baca kat sini.

jadi aku akan teruskan dengan buku favorite aku.

tajuk : hiatus
penulis : Budak Tomato ( @tls.9 )
penerbit : Iman Publication

ini antara buku terbaru yang aku ada (bukan beli sebab kakak belanja heheeeee)
okay expectation aku agak tinggi untuk buku ni pada mulanya,
aku jangakakan buku yang penuh dengan tarbiah yang obvious.
don't get me wrong, maksudnya tak banyak maksud tersirat.

tapi buku ni banyak juga lah yang tersirat.
macam luahan hati yang kau nak bagi kat orang tapi kau sembunyikan sikit-sikit,
jadi orang tak ada lah directly get what you mean.

buku ni tengah ada tepi aku sebab aku tengah baca kali kedua (lol)
aku ingatkan novel ni novel cinta biasa-biasa je, tapi banyak juga benda baru yang aku dapat daripada novel ni. ada juga certain parts yang agak klishe tapi okay , cerita ni tetap tak terjejas (wow ayat)

aku suka macam mana dia selitkan unsur agama dan tarbiah dalam ni, serius.
aku ada juga baca review untuk novel ni dan,
ada yang cakap Tomato macam takut-takut sikit nak tulis novel ni,
dan aku faham apa maksud dia.

novel ni fiksyen tapi ada cerita yang aku rasa macam kejadian sebenar,
cuma seperti di sembunyikan lah kebenaran tu.

maaf kalau saya salah >.<

apapun suka sangat novel ni!
sebab tu tengah ulang baca :)

kalau Budak Tomato baca lah kan (adoi tinggi nya harapan), jangan berhenti menulis ya!

@tls.9 ada lagi 2 buku lain yang aku tahu ; Esc dan World.
aku tak beli lagi buku-buku ni, tapi in sha Allah.
tunggu lah lain kali.

buku seterusnya, aku gabungkan ya kedua dua buku beliau sebab dua novel ni macam sekuel.

tajuk : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan
penulis : Teme Abdullah
penerbit : Iman Publication

ya , aku banyak buku dari Iman Publication. sebab buku-buku dia serius tak macam novel-novel biasa,
yang penting tak lagha (lalai) heh.

Pelukis Jalanan.

aku yakin ramai dah kenal Teme.
Instagram dia @itsteme . his drawings dah pergi merata tempat , terbang serata dunia dah.

aku tak ingat aku kenal Teme dari mana tapi pertama kali nampak buku Pelukis Jalanan ni sebab kawan kakak aku beli
.
serius first impression memang

buku apa ni?
macam tak best jah.

tettttttt! totally wrong.

BEST-SELLING BOOK AT MPH okay kau orang.
termasuk Arkitek Jalanan.

Teme ada sebut dalam buku Arkitek Jalanan, dia menulis sebab nak sebarkan kebaikan,
untung tak untung belakang cerita.
dia tak fikir nak untung pun dengan menulis.

wallahi , by Allah's grace Allah gave him more than he ever wanted.

buku dia memang ramai orang minat.
buku macam mana dia decide untuk belajar ke luar negara, United Kingdom,
dalam bidang Architecture.
Teme once 'failed'  ( dia dapat 11/15. suppose to get 12/15) his A-Level test dan dia tak lagi dapat scholarship untuk be;ajar ke luar negara.

aku pendekkan cerita, dia putuskan untuk sambung belajar juga tapi dengan kekuatan yang Allah beri pada dia,
he made it to London tapi memang Teme struggle habis.

tak cukup duit.
even nak beli kertas untuk course dia pun.
tapi Teme ada Ahmad.

aku pendekkan lagi cerita,
Pelukis Jalanan ni kira perjalanan Teme dalam menuntut ilmu lah,
struggles and all.

tapi dalam Arkitek Jalanan,
lebih banyak tentang persahabatan Teme dan Ahmad ,
dan banyak kritikan sosial , banyak tarbiah juga.

aku banyak kali ulang baca dua buku ni.
2-3 kali juga

haaa aku baru teringat.

serius memang aku inspired teruk dari novel ni sampaikan nak belajar memang aku teringat kisah Teme ni lolll,
and oral test English Language pun aku cakap pasal Pelukis Jalanan.

influenced me like crazy haha.
semoga Teme terus sukses :)


(gambar dari Google juga)




 Pelukis Jalanan :)








Arkitek Jalanan


Okay.

serius banyak lagi buku tapiiiii.
dah penatttt hahaha.

rasanya tu je lah kali ini.

sambung lain kali :)
(entah lah bila, lagi seminggu nak balik asrama!)

bye!


Instagram : @tygrysku__

2:22 PM
23/12/2017


Comments

  1. Terima kasih atas review buku-buku dari Kak Iman. Dapatkan lebih banyak buku-buku yang menarik dari Kak Iman secara atas talian di imanshoppe.com atau secara walk-in di kedai buku Iman Shoppe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Masih dalam ingatan :)